Camera Dan Video Editing
2 Ogos 2015 | Aktiviti TerkiniPada 1 Ogos 2015, Pusat Internet 1 Malaysia Padang Besar (s) telah mengadakan kelas 'Camera dan Video Editing' bertempat di bilik latihan PI. Kelas ini bermula dari pukul 3.00 petang sehingga pukul 5.00 petang. Tujuan utama kelas ini dianjurkan ialah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta yang terdiri daripada golongan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah tentang kemahiran menghasilkan video. Antara perkara yang diajar di dalam kelas ialah pengenalan kepada camera webcam, teknik merakam video dan cara menggunakan perisian menyunting video iaitu 'Movie Maker' yang telah dimuat turun ke dalam komputer. Selain kelas video editor tersebut, peserta turut di ajar cara untuk menyunting video yang telah dirakam dan juga memotong bahagian video yang tidak berkenaan. Dengan adanya aktiviti ini, diharap para peserta dapat menggunakan kemudahan kamera webcam di pusat internet dengan baik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: